Kekasih minta Vida berterus-terang kepada anak

Bekas pembantu peribadi (PA) Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli meminta usahawan kosmetik itu berterus-terang dengan anak-anak mengenai rancangan mereka untuk mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Menurut Iqbal, 27, tindakan Vida atau Hasmiza Othman merahsiakan hubungan istimewa mereka itu boleh mengganggu emosi dua anaknya iaitu Nur Edlynn Zamilleen atau lebih dikenali sebagai Cik B dan Eric Zaquan.

“DSV kena terus-terang beritahu tentang hubungan kita ini… dari awal lagi saya minta dia jujur cerita dekat keluarga sebab saya dah main peranan dan dia juga kena main peranan sebagai ibu. Takkan saya pula nak cakap dengan Cik B!

“Sejak dahulu lagi DSV tak terbuka berkongsi dengan anak-anak mengenai hubungan kami, jadi saya sedikit terkilan sebab dia lebih selesa berahsia… sepatutnya jujur sahaja dengan Cik B tak perlulah sampai kantoi mesej sayang-sayang dulu.

“Saya kasihankan Cik B. Saya faham dia dalam dilema kerana perlukan perhatian ibu kerana pernah melalui sejarah semasa kecil yang berbeza dengan remaja lain sebab itulah saya kena fikirkan perasaan dia juga,” katanya kepada wartawan.

Menerusi laporan sebuah portal berita pada Selasa lalu, jutawan berusia 49 tahun ini memberitahu dia belum mempunyai keberanian untuk berbincang soal perkahwinan tersebut dengan anak-anak, terutama anak perempuannya, Cik B.

Katanya, biarlah anak-anak mengetahui perkara ini melalui media terlebih dahulu sebelum dia menjelaskan mengenai niatnya ingin berkahwin itu. – Agensi

Sejak dahulu lagi Iqbal meminta DSV untuk berterus terang tentang hubungan mereka namun dia lebih selesa untuk berahsia. – Agensi