Kekayaan pengasas air botol atasi Jack Ma

BEIJING, 24 SEPT – Ahli perniagaan yang meraih kekayaan hasil daripada minuman botol dan vaksin telah mengatasi Jack Ma sebagai lelaki terkaya China, lapor Bloomberg Billionaires Index hari ini.

Nilai kekayaan pengasas Nongfu Spring, Zhong Shanshan, mencecah AS$58.7 bilion selepas syarikat minuman botol miliknya disenaraikan di Hong Kong awal bulan ini. Ia menjadikan nilai beliau meningkat AS$2 bilion lebih kaya berbanding pengasas Alibaba, Jack Ma.

Nongfu Spring, didakwa jenama minuman botol nombor satu di China itu mudah didapati secara meluas di seluruh negara yang menyaksikan kebanyakan penduduk menghentikan penggunaan air paip atas faktor kesihatan. – AFP