Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Kekerapan penerbangan ke beberapa destinasi di Sarawak ditambah

    KUCHING, 14 JAN – Kekerapan penerbangan ke beberapa destinasi utama di Sarawak ditambah kepada 562 seminggu berkuat kuasa hari ini selepas mendapat kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), kata Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin.

    Dengan pertambahan itu, kekerapan penerbangan dari luar Sarawak ke Kuching meningkat kepada 279 seminggu, Miri (127), Sibu (83), Bintulu (59), Limbang (tujuh) dan Mulu (tujuh).

    “Kini terpulang kepada syarikat penerbangan untuk memulakan operasi dengan kekerapan penerbangan baharu ini. Dengan pertambahan kekerapan penerbangan ini, JPBN telah mengarahkan semua syarikat penerbangan mengenakan kadar tambang biasa dan lebih rendah,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

    Beliau berkata kebenaran diberi selepas JPBN  mengambil kira pelbagai faktor termasuk pencapaian Sarawak yang beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), lebih banyak permintaan penerbangan menjelang perayaan Tahun Baharu Cina dan jumlah kes baharu COVID-19 yang rendah di negeri itu.

    Kebenaran itu juga mengambil kira bahawa pengembara antarabangsa yang datang ke Sarawak melalui Semenanjung Malaysia perlu menjalani kuarantin di Kuala Lumpur, selain untuk mempromosikan industri pelancongan Sarawak. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...