Kekuatan mental punca Barca beli Braithwaite

MADRID, 30 APRIL – Martin Braithwaite merupakan pembelian kecemasan Barcelona pada bulan Februari, pengganti sementara kepada Ousmane Dembele yang mengalami kecederaan, tetapi baginya perpindahan tersebut berundur semula 10 tahun ke belakang ketika patah kaki dan sebuah buku nota.

Dalam perjumpaan pertama dengan presiden kelab, Josep Maria Bartomeu dan setiasusaha teknikal, Eric Abidal, Braithwaite diberitahu salah satu sebab Barca membelinya adalah disebabkan oleh kekuatan mentalitinya.

“Saya rasa mereka amat mengenali saya,” kata Braithwaite dalan temu bual dengan AFP. “Mereka mengetahui betapa kuat mentaliti saya dan mereka berkata itu adalah salah satu sebab mereka mendapatkan saya. Mereka merasakan saya bersedia hadapi ujian.”

Ketahanan yang mereka saksikan apabila Braithwaite pada masa itu berusia 18 tahun dan bermain untuk Esbjerg FB di Denmark. Kecederaan patah kaki telah mengubah kelakuannya dan mula menulis objektifnya di dalam sebuah buku nota.

“Saya sudah menjadi pemain bola sepak profesional ketika itu tetapi saya tidak menghormati pekerjaan itu dan saya tidak menghormati budak lelaki itu yang mempunyai impian untuk berada di sini,” kata Braithwaite. “Saya tidak mengendahkannya.” – AFP

Gambar fail 7 Mac 2020 menunjukkan aksi Martin Braithwaite ketika menentang Real Sociedad. Braithwaite berkata dia antara sebab mengapa Barca membelinya adalah kerana kekuatan mental yang dimilikinya ketika mengalami kecederaan patah kaki 10 tahun yang lalu. – AFP