Kekurangan pakar eksekutif di bandar tercemar dunia

DARI ‘rehat’ asbut kepada bonus pencemaran, perniagaan Asia menjanjikan faedah bagi eksekutif-eksekutif tinggi setelah terdesak bagi menarik ramai lagi eksekutif ke kawasan di mana udara toksik sedang melanda bandar-bandar utama di benua Asia pada tahun ini.

Kebimbangan terhadap kesihatan menjadi halangan utama di rantau ini, di mana peluang ekonomi Asia semakin berkembang di rantau ini, pakar memberikan amaran, justeru, firma sedang berjuang untuk merekrut pakar-pakar yang mereka perlukan dalam melaksanakan perkhidmatan mereka.

Menurut Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, kira-kira 92 peratus penduduk di rantau Asia Pasifik terdedah kepada pencemaran udara yang boleh menyebabkan risiko besar terhadap kesihatan. Ini bermakna, selain gaji yang tinggi, peniaga turut menawarkan insentif tambahan kepada pakar.

Inisiatif itu termasuklah membayar ‘rehat’ asbut untuk beberapa bulan, atau mengalu-alukan pengaturan ‘tugasan’ bukan tradisional supaya orang ramai dapat berulang-alik dari kawasan yang kurang tercemar, kata Lee Quane, pengarah perunding ASIA ECA International. “Kawasan di mana tahap pencemaran adalah tinggi, anda mungkin akan melihat kami mengesyorkan elaun di mana-mana di antara 10 hingga 20 peratus daripada kadar gaji setiap individu,” tambahnya kepada media.

Anggaran ini, yang diperolehi daripada sistem penarafan firmanya digunakan untuk membantu syarikat memutuskan pampasan kewangan yang bersesuaian untuk penempatan semula, selain itu turut memasukkan beberapa faktor seperti kadar jenayah dan akses kepada perkhidmatan, tambahnya.

Menurut Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, kira-kira 92 peratus penduduk di rantau Asia Pasifik terdedah kepada pencemaran udara yang boleh menyebabkan risiko besar terhadap kesihatan. – AFP
India juga mempunyai sekitar tujuh bandar raya yang paling tercemar di dunia, menurut laporan daripada Greenpeace dan IQ Air Visual. – AFP
Kerajaan China telah mengambil langkah untuk memperbaiki kualiti udaranya tetapi kualiti udara di Beijing bersama pusat bandar yang lain di Asia Selatan termasuk New Delhi, telah melebihi had udara yang selamat bagi Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk pencemaran udara. – AFP

Peruntukan lain untuk pekerja yang dijangka berpindah ke kawasan yang sangat tercemar adalah seperti pangsapuri terlindung, pembersih udara untuk rumah dan pejabat, topeng pernafasan dan pemeriksaan perubatan yang teratur. “Jika anda lihat kos yang dikaitkan dengan benda yang lebih kecil, anda mungkin akan dapat melihat kos yang minimum, setiap tahun, antara AS$5,000 sehingga AS$10,000,” kata Quane, sambil mendedahkan perbelanjaan tambahan.

Pekerja yang berkaliber sangat rendah

Pada tahun 2014, Panasonic mengesahkan bahawa mereka menawarkan ‘premium pencemaran’ bagi mereka yang bekerja untuk syarikat tersebut di China, manakala laporan media turut mendedahkan bahawa Coca Cola turut menawarkan elaun kesulitan alam sekitar sebanyak 15 peratus untuk pekerja yang banyak bergerak di bandar tersebut.

Kerajaan China telah mengambil langkah untuk memperbaiki kualiti udaranya tetapi kualiti udara di Beijing bersama dengan pusat bandar yang lain di Asia Selatan termasuk New Delhi, telah melebihi had udara yang selamat bagi Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk pencemaran udara.

Kesudahannya, pihak tertentu akan melihat pekerja yang kurang berkaliber, Quane memberi amaran, dengan alasan bahawa setiap firma terpaksa untuk memilih pekerja yang kurang berkelayakan. Patrick Behar Courtois telah menjalankan firma perundingan tingkah laku organisasi di Shanghai selama lebih kurang sedekad, bersetuju. Dia berkata bahawa tawaran kewangan yang murah tidak mencukupi untuk merekrut pakar yang berpengalaman.

“Pada dasarnya, saya perlu menyemak semula dasar pengambilan dan mencari pekerja tempatan serta ini bermakna saya akan mendapat profil yang kurang berpengalaman dan terpaksa meluangkan masa untuk melatih mereka,” katanya kepada media AFP.

Eksekutif pakar yang mempunyai keluarga tidak mahu meletakkan kesihatan anak-anak mereka dalam bahaya meskipun tertarik dengan kerja yang ditawarkan kepada mereka. Pakar-pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah banyak kali memberi amaran kepada belia muda yang terdedah kepada pencemaran udara dan mereka boleh sahaja menghidap penyakit sepanjang masa disebabkan oleh pencemaran itu.

Eddy Tiftik telah membina kerjayanya di China dan memegang jawatan kanan di salah sebuah pemaju hartanah terbesar di dunia, tetapi dia terasa untuk meninggalkan pekerjaan itu berikutan kesejahteraan keluarganya. Anaknya yang berusia lima tahun sentiasa jatuh sakit dan asma kerana tahap pencemaran yang sangat tinggi di Beijing. “Dia telah menghabiskan masa semasa tiga minggu keluar dan masuk dari hospital,” kata Tiftik kepada media AFP.

Risiko terhadap kanak-kanak

India merupakan salah sebuah negara ekonomi yang pesat dan berkembang maju di dunia, menjadikannya sebuah negara yang menawarkan peluang pekerjaan yang menarik, tetapi India juga mempunyai sekitar tujuh bandar raya yang paling tercemar di dunia, menurut laporan daripada Greenpeace dan IQ Air Visual.

“Kesemua eksekutif kanan inginkan pengalaman bekerja di India dalam CV mereka, namun terdapat juga rasa takut terhadap isu-isu masalah kesihatan yang berkaitan dengan pencemaran,” kata Atul Vohra, rakan pengurusan Transearch, sebuah syarikat merekrut global kepada media.

Kebimbangan seperti itu bukan sekadar masalah buat para ekspatriat malah penduduk India juga menolak tawaran bekerja di kawasan yang dicemari dengan asbut yang begitu tebal.

Kebanyakan ganjaran atau tawaran adalah tidak berbaloi berikutan risiko yang tinggi. Behar Courtois baharu sahaja meninggalkan Shanghai, di mana dia telah melihat kualiti udara bandar raya itu merosot sejak beberapa tahun lalu malah isterinya telah menghidap tiroid yang dipercayai akibat asbut yang tebal. – AFP