Kekurangan semikonduktor jejas pengeluaran trak Volvo

STOCKHOLM, 20 JULAI – Pembuat trak Sweden Volvo Group memberi amaran hari ini mengenai kekurangan material seperti semikonduktor yang akan terus menghambat pengeluaran separuh kedua tahun ini.

“Rangkaian bekalan global bagi semikonduktor serta komponen lain masih belum stabil dengan jangkaan yang rendah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Volvo, Martin Lundstedt dalam satu kenyataan ketika syarikat itu mengumumkan pendapatan suku keduanya.

“Akan ada gangguan dan sekatan bagi kedua-dua pengeluaran trak dan bahagian lain kumpulan itu dalam separuh kedua tahun ini,” tambahnya.

Peringatan itu muncul ketika syarikat itu mencatat keuntungan bersih sekitar 8.9 bilion kronor (AS$1 bilion, 868 juta euro) dalam suku kedua.

Berbanding dengan kerugian bersih sekitar 282 juta pada 2020, semasa hari terburuk pandemik dan keuntungan bersih masih di bawah jumlah suku kedua 2019, iaitu 11.1 bilion. – AFP