Kelab bola sepak perlu ada lesen

Oleh Azlan Othman

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 DIS – Wakil daripada Persatuan Bola Sepak Daerah Brunei dan Muara, Haji Abdul Razak bin Haji Ibrahim menggesa kelab-kelab bola sepak tempatan yang tidak berjaya memperoleh lesen kelab kebangsaan bagi tahun ini untuk berusaha mendapatkan lesen tersebut tahun ini.

“Saya difahamkan bahawa subsidi diberikan kepada kelab-kelab yang ingin mendapatkan lesen tersebut,” katanya dalam Seminar Pendidikan Pelesenan Kelab Bola Sepak yang diadakan di Wafa Hotel, di Gadong, kelmarin.

Haji Abdul Razak berkata seminar itu diadakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta terhadap pegawai dari pelbagai kelab bola sepak di negara ini dengan sekuriti dan keselamatan bola sepak, pemasaran, peranan media, kesihatan dan isu doping dalam bola sepak. Hal tersebut turut membantu meningkatkan kualiti dan tahap kelab dan pengurusan perlawanan.

“Terdapat banyak peraturan dan perkara yang perlu difahami untuk kelab menjadi lebih baik dan lebih profesional. Saya mengucapkan tahniah kepada kelab-kelab yang telah berjaya memperoleh Lesen Kelab Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Lesen Kelab Kebangsaan yang telah memberikan pihak berkepentingan bola sepak untuk meningkatkan kualiti bola sepak dalam liga kebangsaan tetapi juga pasukan kebangsaan,” katanya.

Tambah beliau, bagi kelab-kelab yang tidak berjaya memperoleh lesen tahun ini perlu berusaha mendapatkan lesen itu tahun ini juga kerana saya difahamkan subsidi telah diberikan. Subsidi tersebut adalah untuk membantu kelab-kelab meningkatkan sistem pentadbiran, memenuhi keperluan kelab kebangsaan dan pelesenan kelab AFC.

Haji Abdul Razak menggesa Persatuan Bola sepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD) untuk membantu kelab-kelab ini mendapatkan lesen dan berharap kelab-kelab tempatan boleh bersaing di AFC pada masa akan datang.

Bagi tahun 2020, sistem perlesenan kelab ini akan dilaratkan kepada pasukan-pasukan daerah-daerah di mana pasukan yang telah dinaikkan ke liga kebangsaan harus memperoleh lesen kelab yang disebarkan kepada kelab-kelab daerah.

Antara peserta yang mengikuti Seminar Pendidikan Pelesenan Kelab Bola Sepak.