Kelab Brighton dedah kes ke-3 pemain dijangkit virus

LONDON, 10 MEI – Ketua Eksekutif Brighton, Paul Barber hari ini mendedahkan pemain ketiga dalam kelab Liga Perdana Inggeris telah disahkan positif koronavirus, satu lagi kesukaran yang perlu dihadapi kelab itu untuk meneruskan perlawanan akhir musim berkenaan.

Pemain yang tidak dinamakan itu diuji positif kelmarin dan akan menjalani pengasingan selama 14 hari selepas sembuh daripada penyakit tersebut.

Manakala itu, selebihnya akan mula menjalani latihan di rumah dan sesi latihan individu di pusat latihan kelab masing-masing.

Dua daripada pemain Brighton, yang tidak dinamakan, yang diuji positif virus beberapa minggu yang lalu, kini telah dilaporkan telah sembuh.

“Malangnya kita telah mendapati seorang lagi pemain diuji positif virus berkenaan,” Barber memberitahi Sky Sports News.

“Meski kami telah melakukan langkah-langkah pencegahan beberapa minggu lalu, apabila pemain tidak melakukan sebarang latihan secara bersama-sama, bagaimanapun kami masih berdepan dengan kesukaran apabila seorang lagi pemain telah diuji positif baru-baru ini.”

“Ia perlu diambil perhatian serius dan saya fikir ia adalah normal bagi semua orang untuk mengambil perhatian mengenai hal ini.”

“Kami mahu memastikan kami mengikuti semua peraturan termasuk memastikan keadaan sentiasa selamat dan menjauhi sebarang risiko daripada berlakunya jangkitan. – AFP