Thursday, February 9, 2023
22.8 C
Brunei

-

Kelab gergasi PL sedia belanja sakan

LONDON, 26 Julai – Liga Perdana dilihat pasti memecahkan semua rekod terdahulu sebelum jendela perpindahan ditutup ketika kuasa-kuasa England bersedia untuk bersaing dalam perlumbaan yang semakin meningkat.

Ditingkatkan dengan kontrak televisyen yang menguntungkan, pada masa ini bernilai sekitar 8.3 bilion (AS$10.8 bilion) dan keuntungan yang belum pernah berlaku di dalam dan luar negara, 20 pasukan Liga Perdana berbelanja tidak seperti sebelumnya dalam tempoh beberapa minggu sejak jendela perpindahan musim panas dibuka.

Dengan nilai yang sudah mencecah hampir 800 juta pound dibayar bagi pemain baru dan perbelanjaan rekod pertukaran 1.2 bilion pound mencecah lebih ebulan sebelum pasaran ditutup.

Manchester City yang berazam untuk membuat perubahan selepas kekurangan musim lalu dalam kempen liga dengan selesai 15 mata di belakang juara Chelsea, Pep Guardiola memainkan peranan penting dalam menjana pasaran yang melambung tinggi.

Guardiola yang menerima sokongan pemilik kelab bilionair yang berpangkalan di Abu Dhabi, berbelanja sakan termasuk membawa 52 juta pound bagi mendapatkan pemain pertahanan Benjamin Mendy dari Monaco dalam persetujuan rekod dunia Isnin lalu.

Ketibaan Mendy beberapa hari selepas mendapatkan Danilo dari Real Madrid dengan nilai 26.5 juta pound. Pertahanan kanan England Kyle Walker memastikan City membelanjakan 50 juta pound dari Tottenham ketika Guardiola hanya memerlukan 10 hari untuk berbelanja 128 juta pound bagi mendapatkan tiga pemain pertahanan.

Tawaran bernilai 42 juta pound bagi memujuk Monaco menjual Bernardo Silva kepada City sementara Douglas Luiz berpindah ke Eastlands dari Vasco Da Gama bagi 10 juta pound.

Dalam kedudukan itu Guardiola membelanjakan 34 juta pound bagi mendapatkan penjaga gawang pasukan Benfica Ederson dan pengurus dari Sepanyol itu sudah membelanjakan 215 juta pound.

Ia mengatasi rekod perbelanjaan total sebuah kelab British dalam satu tempoh perpindahan yang dengan pantas mencapai 168 juta pound, yang pasti tidak mengejutkan, juga dilakukan oleh Guardiola musim lalu.

City dilihat pasti memecahkan rekod 221.5 juta yang dicatatkan Real Madrid pada musim panas 2009 yang masih kekal menjadi jumlah terbesar dalam satu musim perpindahan.

Guardiola mahu mendapatkan penyerang Arsenal Alexis Sanchez dengan 50 juta pound, yang enggan melanjutkan kontrak yang akan mansuh dalam tempoh 12 bulan saja lagi ketika Liga Perdana bermula pada 12 Ogos depan.

Hasrat tidak mahu ketinggalan di belakang kepada City, pengurus Chelsea Antonio Conte pula menekan pemilik Blues Roman Abramovich untuk menyokong permintaannya bagi pelaburan besar dalam aksi kepulangan pasukannya ke Liga Juara-Juara selepas tidak beraksi selama setahun dalam persaingan itu.

Setakat ini, Chelsea telah berbelanja lebih 120 juta pound dengan persetujuan utama mereka bernilai 58 juta pound bagi perpindahan penyerang Real Madrid Alvaro Morata dan perpindahan 34 juta pound bagi Tiemoue Bakayoko dari Monaco.

Pengurus Manchester United Jose Mourinho terpaksa membuat pembayaran bernilai 75 juta pound untuk mengatasi kelab lamanya Chelsea bagi menandatangani penyerang Everton dari Belgium Romelu Lukaku. Persetujuan itu berikutan penandatanganan bernilai 31 juta pound Victor Lindelof dari Benfica yang meletakkan United berbelanja lebih 100 juta pound.

Keputusan Arsene Wenger untuk melanjutkan tempoh 21 tahun di Arsenal selepas musim yang sukar telah memujuk pemilik Gunners, Stan Kroenke untuk mengatasi rekod kelab itu dengan penandatanganan bernilai 52 juta pound untuk penyerang Lyon Alexandre Lacazette.

Liverpool juga memecahkan rekod perpindahan mereka apabila membayar 37 juta pound untuk pemain sayap Roma Mohamed Salah.

Dan dalam melindungi kuasa perbelanjaan mereka, Everton yang secara berhati-hati dengan kewangan mereka pada masa lalu, telah membayar lebih 90 juta pound untuk mendapatkan semula Wayne Rooney, Michael Keane dan Jordan Pickford ke Goodison Park.

Pasukan yang baru dipromosi Huddersfield dan Newcastle masing-masing berbelanja lebih 30 juta pound dan setakat ini hanya Tottenham dan Stoke belum membuat sebarang pembelian. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas Pesawat Boeing 737, 2 Juruterbang selamat

PERTH, AUSTRALIA, 7 FEB - Dua juruterbang terselamat, hanya cedera ringan selepas pesawat Boeing 737 yang dihantar untuk memadam kebakaran terhempas di Australia, kata...
- Advertisment -