Wednesday, February 19, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kelab Ghana terlibat nahas

    ACCRA, 14 Julai – Pengurus dari British bagi skuad Liga Perdana Ghana, Asante Kotoko dan seorang pemainnya dimasukkan ke hospital selepas nahas bas yang mengorbankan seorang kakitangan pasukan, umum kelab itu kelmarin.

    Bas pasukan berkenaan dilaporkan melanggar trak membawa barangan di Nkawkaw, sekitar 150 kilometer menerusi jalan darat dari Accra, kira-kira pukul 10 malam waktu tempatan kelmarin.

    Asante Kotoko dalam perjalanan kembali ke bandar Kumasi selepas tewas 0-1 kepada Inter Allies di ibu kota.

    “Pemandu bas melanggar trak yang sarat dengan baja dan hampir semua 37 penumpang mengalami pelbagai jenis kecederaan,” kata jurucakap polis wilayah Timur.

    “Mereka dibawa ke Hospital Holy Family berhampiran Nkawkaw dengan sebahagian mereka dirawat dan ada yang dirujuk ke Hospital Komfo Anokye Teaching (dekat Kumasi),” katanya.

    Gambar 12 Julai 2017 menunjukkan bendera Kelab Kumasi Asante Kotoko. Bas pasukan berkenaan dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan sehingga mengorbankan seorang kakitangan kelab. - AFP
    Gambar 12 Julai 2017 menunjukkan bendera Kelab Kumasi Asante Kotoko. Bas pasukan berkenaan dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan sehingga mengorbankan seorang kakitangan kelab. – AFP

    Ketua jabatan perubatan Asante Kotoko, Michael Leat, berkata pemain dan pegawai cedera ringan dirawat dan dibenarkan pulang.

    “Dukacita diumumkan pembantu pegawai barangan, Kofi Asare, terbunuh. Pihak pengurusan sudah menemui keluarganya untuk memberitahu berita buruk itu,” katanya menerusi laman sesawang kelab.

    “Sementara itu, ketua jurulatih Steven Polack, pemain tengah Ollennu Ashitey, dan pemandu bas, Nana Berkye, masih menerima rawatan.”

    Presiden Ghana, Nana Akufo-Addo berkata bahawa dia ‘sedih’ dengan kemalangan itu.

    “Dukacita saya kepada pasukan, semoga pulih dengan cepat daripada kecederaan,” katanya di Twitter. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda