Monday, October 7, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kelab golf Trump didenda AS$6 juta

    WASHINGTON, 2 Feb – Mahkamah persekutuan di Florida semalam mengarahkan kelab golf yang dimiliki oleh Presiden Donald Trump untuk membayar hampir AS$6 juta kepada bekas ahli yang meminta bayaran balik terhadap tunggakan mereka.

    Sekumpulan sekitar 65 bekas ahli Trump National Jupiter Golf Club berkata mereka mahu meninggalkan kelab itu selepas Trump membelinya dari Ritz-Carlton pada 2012.

    Peraturan biasanya akan membenarkan mereka untuk terus beraksi sehingga ahli –ahli baru ditemukan. Mereka membayar $18,000 setahun dalam tunggakan.

    Tetapi pengurusan baru yang dikendalikan oleh Trump menukar peraturan itu, enggan untuk memulangkan deposit kepada ahli yang pergi dan tidak membenarkan mereka memasuki kelab itu.

    Juri Daerah AS, Kenneth Marra of West Palm Baeach mengarahkan kelab Trump untuk membayar mereka dengan jumlah AS$4.8 juta termasuk sekitar AS$925,000 dalam faedah, dengan jumlah keseluruhan AS$5.7 juta.

    “Menurut kategori menafikan kelas ahli kepada semua hak akses kelab itu kerana mereka masih dalam senarai menunggu untuk meninggalkan kelab ketika 31 Disember 2012, defendan membatalkan keahlian mereka dan menarik balik keahlian mereka,” tulis Marra.

    “Kerana defendan tidak memberikan bayaran balik deposit ahli pada 30 Januari 2013, ia melakukan pelanggaran persetujuan keahlian terhadap kontrak, yang menyebabkan kerugian pihak menuntut dan ahli kelas dengan jumlah deposit mereka yang boleh dibayar balik termasuk faedah.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda