Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Kelab Liga Perdana berbelanja sakan

    LONDON, 2 SEPT – Manchester United merupakan pasukan dengan perbelanjaan terbesar pada hari akhir perpindahan Liga Perdana apabila mereka membelanjakan £82 juta (AS$94 juta) untuk penyerang Ajax, Antony, manakala kempen Chelsea memuncak apabila mendapatkan penyerang Barcelona Pierre-Emerick Aubameyang.

    Di sebalik krisis kos sara hidup Britain, kelab Liga Perdana tidak menunjukkan sikap was-was yang dilaporkan memecahkan rekod perbelanjaan sepanjang masa untuk seluruh musim dengan £2 bilion bertukar tangan dalam hanya satu jendela perpindahan.

    Rekod £1.86 bilion sebelum ini dari 2017-2018 telah diatasi kerana United dan pesaing domestik mereka tidak menemui tuntutan bayaran atau gaji luar biasa mereka.

    Sehingga Khamis lalu, perbelanjaan kasar oleh 20 pasukan Liga Perdana berjumlah £1.5 bilion, mengatasi rekod 2017 sebanyak £1.43 bilion yang dibelanjakan oleh kelab Inggeris dalam satu jendela musim tutup.

    Pengurus United Erik ten Hag telah bertanggungjawab ke atas sebahagian besar perbelanjaan selepas kembali ke bekas kelabnya Ajax untuk menandatangani Antony. Pemain Brazil berusia 22 tahun itu adalah pemain keempat termahal dalam sejarah Liga Perdana.

    “Ini adalah detik yang luar biasa dalam karier saya untuk menyertai salah satu kelab paling ikonik di dunia,” kata Antony. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...