Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Kelab Lion Belait anjur majlis serah jawatan

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 10 JULAI – Kelab Lion Belait mengadakan majlis penyerahan jawatan kepada presiden kelab yang baharu dilantik Keith Wong, daripada presiden bersara Johnny Cheong, baru-baru ini.

    Majlis yang diadakan setiap tahun itu juga menyaksikan penyerahan lencana kepada ahli lembaga jawatankuasa yang baharu dilantik.

    Mereka termasuk Naib Presiden Pertama Lion, Phyllis Jong; Naib Presiden Kedua Lion, Irene Thow; Setiausaha dan Presiden Bersara Lion, Joseph Teo dan Bendahari Lion Jason Chong.

    Semasa majlis itu, kelab tersebut juga mengadakan mesyuarat bulanan Julai yang juga mewakili mesyuarat pertama untuk tahun fiskal 2022-2023 bertujuan membincang aktiviti-aktiviti dan projek kelab yang bakal dianjurkan pada masa akan datang.

    Johnny Cheong bergambar ramai bersama anggota Kelab Lion Belait yang baharu dilantik. – Gambar serahan Kelab Lion Belait
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...