Kelab Lions Belait sumbang scrub

Oleh Daniel Lim

BELAIT, 23 OGOS – Ahli-ahli Kelab Lions Belait (LCB) telah meneruskan lagi inisiatif mereka untuk membantu usaha-usaha kerajaan dalam menangani gelombang kedua pandemik COVID-19 di negara ini dengan menyampaikan sumbangan peralatan perubatan yang sangat diperlukan, hari ini.

Sumbangan termasuk 50 set scrub yang dikumpulkan oleh ahli-ahli kelab dan diserahkan oleh Presiden Kelab Lions Belait, Johnny Cheong dan Mantan Presiden, Joseph Teo kepada perwakilan Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait.

Dengan aktiviti amal itu, kelab tersebut menyatakan bahawa mereka akan terus memantau dan bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk membincangkan dan menentukan tindakan terbaik yang boleh diambil kelab tersebut dalam memberikan bantuan kepada agensi-agensi yang memerlukan.

Johnny Cheong dan Joseph Teo ketika menyerahkan sumbangan berkenaan kepada wakil Hospital SSB. – Gambar serahan Kelab Lions Belait