Oleh Daniel Lim
TEMBURONG, 25 FEB – Sebagai sebahagian daripada inisiatif berterusannya untuk membantu komuniti dan masyarakat tempatan, Kelab Lions Bandar Seri Begawan (BSB) telah menyumbangkan makanan dan kelengkapan tandas ke Pusat Pengasingan di Kem Latihan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), Batu Apoi, pada 22 Februari lalu.
Menurut kelab tersebut, disebabkan gelombang baharu Omicron, terdapat keperluan bagi makanan dan kelengkapan tandas yang diperlukan bagi pesakit-pesakit yang diasingkan, kesemuanya dikumpulkan oleh Kelab Lions dan Kumpulan Amal Kebaikan Hati.
Hadir untuk menyerahkan keperluan yang dikumpulkan berkenaan ke pusat itu ialah pengerusi projek berkenaan, mantan presiden kelab berkenaan, Sushell Kaur yang diiringi oleh mantan presiden, Tay Kim Swee dan Presiden, Dr Namasivayam dengan sumbangan diterima oleh ketua pegawai eksekutif pusat berkenaan, Awang Jeffry bin Damit dan Dayangku Kemariah binti Pengiran Haji Duraman.