Kelab Lions ringankan beban petugas barisan hadapan

Oleh Daniel Lim

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 SEPT – Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan untuk memberikan bantuan, terutamanya bagi mereka yang bertungkus-lumus membendung penularan pandemik COVID-19, Kelab Lions Bandar Seri Begawan telah menyampaikan beberapa sumbangan, hari ini.

Membantu menghantar sumbangan berupa makanan dan minuman kepada petugas barisan hadapan ialah mantan-mantan presiden kelab berkenaan, Sushell Kaur dan Tay Kim Swee.

Sumbangan berkenaan dihantar ke Pusat Dialisis Rimba dan Pusat Vaksinasi Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

Sumbangan berkenaan bukan sahaja diharap menyokong usaha para petugas barisan hadapan malah dapat menggalakkan orang ramai mencari jalan untuk memberi sumbangan terhadap usaha semasa dalam menangani penularan COVID-19.

Kelab Lions Bandar Seri Begawan semasa menyampaikan beberapa sumbangan, kelmarin. – Gambar serahan Kelab Lions BSB