Kelab motosikal kekal anjur majlis keagamaan

Sempena penubuhan Kelab Motosikal KEKAL Daerah Tutong ke-14 tahun, kelab tersebut baru-baru ini telah menganjurkan majlis keagamaan dengan menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah, Solat Hajat, membaca Yasin, Tahlil, Doa Arwah serta Doa Kesyukuran bertempat di Masjid Ar-Rahim, Kampung Bukit Panggal Tutong.

Acara turut diselajurkan dengan penyampaian wakaf kepada masjid berkenaan yang disampaikan oleh Yang Dipertua Kelab KEKAL, Awang Samsudin bin Haji Lani kepada ketua imam masjid berkenaan, Haji Kamal bin Haji Abdul Rahman.