Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Kelab Porsche sambut ulang tahun ke-70

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar serahan Porsche Brunei

    STUTTGART – Jenama Porsche sentiasa menyatukan orang ramai di seluruh dunia.

    Kelab Porsche pertama diasaskan 70 tahun yang lalu pada 26 Mei 1952.

    Hari ini, terdapat lebih daripada 700 kelab Porsche di seluruh dunia dengan lebih daripada 240,000 ahli di 86 buah negara.

    Ekosistem global yang mengagumkan bagi kelab khusus marque (marque-specific) ini tiada bandingan dalam industri automotif bagi kedua-dua bentuk dan saiznya. Pelbagai aktiviti dan sambutan dirancang sepanjang tahun sempena ulang tahun ke-70.

    “Porsche tidak akan menjadi Porsche tanpa komuniti global rakan dan peminat yang berkumpul untuk berkongsi minat mereka bagi jenama kami,” kata Ahli Lembaga Eksekutif untuk Jualan dan Pemasaran di Porsche AG, Detlev von Platen.

    Terdapat lebih 700 kelab Porsche di seluruh dunia dengan lebih daripada 240,000 ahli.
    Kenderaan ahli kelab terdiri daripada kereta klasik hingga rangkaian model Porsche terklni.
    Ekosistem global yang mengagumkan bagi kelab khusus marque ini tiada tandingannya dalam industri automotif.

    “Kelab Porsche mengekalkan legenda jenama kami, pada masa yang sama ahli-ahli mereka terlibat dalam aktiviti sosial, sukan dan komuniti, dan dengan cara ini juga mewakili nilai kami. Ini menjadikan kelab menarik untuk golongan muda dan tua. Kami gembira dapat meraikan ulang tahun istimewa ini.”

    Kelab Porsche: kisah kejayaan antarabangsa

    Pada Mei 1952, hanya dua tahun selepas penghantaran pertama kereta sport jenama tersebut di Jerman, pelanggan Porsche bergabung untuk membentuk apa yang kini dikenali sebagai Porsche Club Westfalen (nama asalnya ialah Westfalischer Porsche Club Hohensyburg).

    Kelab Porsche antarabangsa pertama di luar Jerman itu telah ditubuhkan di Belgium pada tahun 1953; Kelab Porsche Amerika, kelab Porsche terbesar di dunia pada masa ini, ditubuhkan pada tahun 1955.

    Di seluruh dunia, kira-kira lima kelab baharu ditubuhkan setiap tahun. Ini adalah persatuan autonomi, bebas, pertubuhan berdaftar atau bentuk undang-undang yang setanding dan dianjurkan secara bersama secara sukarela oleh ahli-ahli mereka.

    Oleh itu, setiap kelab menawarkan program dan rangkaian perkhidmatan yang unik – daripada acara pemanduan dan sukan permotoran kepada perhimpunan sosial dan kuliah teknikal mengenai kenderaan dan e-mobiliti kepada Concours d’Élégance dan perarakan Porsche berbilang hari.

    Kenderaan ahli-ahli kelab terdiri daripada kereta klasik kepada rangkaian model Porsche semasa. Malah Taycan elektrik semakin banyak kelihatan di acara-acara kelab. Kelab Klasik di seluruh dunia secara khusus untuk pemeliharaan dan penyelenggaraan kereta Porsche bersejarah.

    Pada tahun-tahun awal circles of friends pertama, pengasas Porsche, Ferry Porsche dan Fritz Huschke von Hanstein yang merupakan pengarah perlumbaan pada masa itu, memutuskan untuk menyatukan Friends of Porsche bersama-sama.

    Apabila kumpulan pertama muncul daripada komuniti perlumbaan motor, Huschke von Hanstein membentuk pautan kepada syarikat itu dan aktif dalam penubuhan kelab pertama itu.

    Pada tahun 1956, beliau dan Ferry Porsche menggabungkan semua pelanggan Eropah dan Amerika bersama-sama untuk perhimpunan. Ia merupakan pertemuan pertama Porsche di Merano, Itali, dan permulaan perhimpunan Eropah.

    Pada tahun-tahun berikutnya, kira-kira 600 kenderaan kerap bertemu di sana. Ferry Porsche terus menghadiri perhimpunan Porsche di AS hingga ke usia lanjutnya. Ia adalah tradisi yang telah dijalankan oleh Dr Wolfgang Porsche dan Hans-Peter Porsche sehingga hari ini. Dalam pada itu, pengurusan kelab telah diambil alih oleh pasukan Pengurusan Komuniti Global Porsche serta pengimport dan pengedar Porsche.

    Sambutan perayaan ulang tahun

    Bagi menandakan ulang tahunnya, Porsche merancang mengadakan kempen di seluruh dunia dengan pelbagai komunikasi dan acara di bawah bendera Enduring Passion.

    Ahli-ahli kelab Porsche juga boleh menerbitkan cerita kelab peribadi mereka menerusi laman media Porsche.

    Syarikat itu juga menyokong acara kelab Porsche seperti 356 Meeting di Belanda pada bulan Mei, Porsche Parade USA dan Le Mans Classic.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...