Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Kelahiran luar biasa tiga anak cheetah

    TEHRAN, 1 MEI – Seekor cheetah Asia telah melahirkan tiga anak yang sihat di Iran, kata ketua jabatan alam sekitar hari ini, menggelarnya pembiakan yang pertama dalam pemeliharaan bagi spesies terancam itu.

    ‘Iran’, hanya satu daripada puluhan cheetah yang ditemui di republik Islam, telah melahirkan tiga anak yang ‘sihat’ menerusi pembedahan caesarean, kata Ali Salajegheh memberitahu agensi berita IRNA.

    “Ini adalah kelahiran pertama cheetah Asia,” katanya.

    “Dengan kelahiran anak-anak cheetah ini, kami boleh menambah bilangan cheetah dalam penjagaan mereka,” tambah Salajegheh.

    Anak-anak cheetah itu lahir di Touran Wildlife Refuge di wilayah Semnan timur Tehran, di mana ibu dan anaknya dipantau di unit rawatan rapi.

    Haiwan darat terpantas di dunia itu, mampu berlari pada kelajuan 120kmsj, cheetah pernah menghendap buruan pelbagai habitat dari timur India hingga ke pantai Atlantik, Senegal dan lebih jauh.

    Ia masih ditemui di beberapa kawasan di selatan Afrika namun kelihatannya pupus dari Afrika Utara dan Asia.

    Iran merupakan salah satu negara terakhir di dunia cheetah Asia ditemui di hutan dan memulakan program perlindungan yang disokong PBB pada 2001. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...