Kelantan FC ada ramuan tumbangkan JDT II

KOTA BHARU, 10 SEPT – Pemain Kelantan FC berada dalam momentum terbaik untuk mencatatkan kemenangan apabila melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim II (JDT II), pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini petang esok.

Penolong Ketua Jurulatih Kelantan FC RezalZamberyYahya berkata pemain bimbingannya yang masih segar dengan kejayaan menang 2-1 ke atas Negeri Sembilan FC pada aksi sebelum ini, tidak akan memberi laluan mudah buat pasukan lawan dari selatan tanah air itu.

“Kelantan FC mahu tiga mata penuh esok, kami kena akui JDT II adalah pasukan kuat, namun saya melihat peluang untuk menang tetap sama rata dan kami akan memberi tentangan sengit terutamanya apabila bermain di tempat sendiri,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini. – Bernama