Friday, September 30, 2022
23.3 C
Brunei

Kelantan FC belum mahu mengalah

-

KOTA BHARU, 5 SEPT – Kelantan FC masih belum mahu mengangkat ‘bendera putih’ walaupun peluang bergelar juara Liga Premier musim ini semakin tipis susulan kekalahan malam tadi.

Ketua jurulatih Kelantan FC Rezal Zambery Yahya berkata kekalahan itu membuatkan pasukan bimbingannya kini terpaksa bergantung harap kepada keputusan perlawanan terakhir Johor Darul Ta’zim II (JDT II) yang kini berada di tangga teratas liga.

“Perlawanan terakhir Kelantan FC akan bertemu Kelantan United FC (KUFC) dan kami masih lagi dalam misi mencari tiga mata penuh, pemain perlu lupakan kekalahan ini dan perbaiki kelemahan,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan tersebut di sini malam tadi.

Hasrat Kelantan FC memintas kedudukan pendahulu Liga Premier, JDT II terbantut selepas tewas 1-2 kepada Selangor FC II di Stadium Sultan Muhammad IV.

Kelantan memperoleh gol tunggal menerusi sepakan penalti Muhammad Ghaffar pada minit ke-76 manakala Selangor FC II menerusi jaringan Muhammad Aliff Izwan Yuslan pada minit ke-28 dan S. Sharvin pada minit ke-34.

Selepas 17 perlawanan Liga Premier, Kelantan FC kini berada di tangga kedua liga dengan mengumpul 36 mata, kurang tiga mata berbanding JDT II yang mengumpul 39 mata. – Bernama

Aksi pemain Kelantan Mohammad Fazrul Amir Md Zaman (kanan) melakukan rembatan dalam perlawanan Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV semalam. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China: Tiada siapa berhak guna veto nasib rakyat Palestin

BEIJING, 29 SEPT - China menegaskan tiada siapa berhak menggunakan kuasa veto masing-masing dalam isu-isu mengenai masa depan dan nasib rakyat Palestin, lapor agensi...
- Advertisment -