Kelantan perlu bangkit semula

KOTA BHARU, 30 OGOS – Ketua jurulatih Kelantan Yusri Che Lah mengakui anak buahnya beraksi di bawah tahap sebenar selepas tewas 0-3 kepada Pulau Pinang pada saingan Liga Premier, kelmarin.

Jurulatih kelahiran Perlis itu berkata pasukannya gagal mengekalkan momentum permainan selepas menang selesa 5-1 ke atas UKM FC, minggu lalu. Justeru, katanya, beliau mengambil sepenuhnya tanggungjawab terhadap kekalahan itu dan menyeru pemain supaya bangkit semula pada perlawanan seterusnya menentang Selangor II, minggu depan.

Menurutnya, pemain perlu memperbaiki kelemahan dan bersedia menghadapi baki perlawanan liga yang lebih mencabar.

“Mungkin juga jadual tidak memihak kepada kami, namun kami perlu lalui  dengan kerja keras walaupun banyak aspek kekurangan bagi mengharungi saingan musim ini,” katanya di sini, hari ini. – Bernama