Kelapa parut sukar dicari, seperti harta karun

Saya tahu bulan Ramadan merupakan lombong emas bagi peniaga-peniaga makanan di negara kita.

Namun satu permasalahan yang sebenarnya sudah lama timbul dan semestinya setiap bulan Ramadan dan apa tah lagi bakal menjelang Hari Raya.

Permasalahan di sini adalah kesukaran mencari peniaga-peniaga yang menjual kelapa parut. Kesukaran mencarinya seperti sesukarnya mencari harta karun. Saya pergi ke sana sini hingga hampir seluruh Daerah Brunei Muara tidak menjumpai sebarang peniaga yang menjualnya.

Saya berdusta tidak menjumpai peniaga yang menjual? Memang tidak dinafikan ada peniaga-peniaga yang menjual kelapa parut berkenaan.

Namun, jawapan yang diberikan apabila ditanya amat mengecewakan. Ada kelapa parut? Habis… Tanya sana, pun habis. Lebih menyakitkan hati, kelapa parut penuh ditempah hingga Hari Raya?

Jadi kalau habis ditempah kenapa buka gerai? Lebih baik ditutup dan dibuat kerjanya di rumah dan biarkan pembeli mengambil di rumah. Kalau berniaga hanya untuk penjual lebih baik sediakan tanda untuk memberitahu dikhususkan untuk penjual makanan sahaja.

Kami sebagai orang awam juga menggunakan kelapa parut untuk memasak juadah berbuka puasa dan juadah di pagi Hari Raya.

Saya tahu ia bukan barang terkawal, oleh itu ada sesetengah peniaga menaikkan harga jualan dengan sesuka hati mereka. Setahu saya di negara kita ini banyak di kawasan rumah memiliki pokok kelapa, namun tidak banyak yang mengusahakan menjual kelapa parut.

SZS

Bila tiba bulan Ramadan dan menjelang Hari Raya, kelapa parut paling banyak digunakan untuk membuat masakan atau kuih-muih tradisi. – Agensi