Sunday, March 23, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kelas Al-Quran, muqaddam cuti 13 Mac

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MAC – Kementerian Hal Ehwal Ugama memaklumkan bahawa Kelas Al-Quran dan Muqaddam yang diadakan pada setiap Jumaat di masjid-masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara akan mula bercuti pada 13 Mac ini.

    Sehubungan itu, KHEU dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, memohon ibu bapa dan penjaga pelajar Kelas Al-Quran dan Muqaddam mengambil maklum mengenai perubahan tarikh berkenaan dan sebarang perkembangannya akan dimaklumkan kemudian.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda