Kelas bahasa tempatan mendapat sambutan di Mozambique

MOZAMBIQUE – Dianggarkan sekitar 50 orang kanak-kanak duduk di atas lantai menghadap guru mereka di sebuah kelas di mana lazimnya, mereka akan mempelajari apa sahaja mata pelajaran di Mozambique, tetapi mereka tidak mempelajari Bahasa Portugis, bahasa rasmi negara itu.

Namun kelas itu mengajarkan Bahasa Changana, bahasa tempatan di kawasan Selatan Mozambique dan di ibu kota Maputo, yang mana ia hampir sama dengan Bahasa Tsonga di seluruh Selatan Afrika.

Memakai beg galas dan dikelilingi dengan timbunan buku, kanak-kanak yang berusia antara enam dan tujuh tahun itu cuba memahami setiap perkataan yang diungkapkan oleh guru mereka, di mana tahap konsentrasi bagi mempelajari Bahasa Portugis hampir sukar dicapai.

“Kanak-kanak ini diberi susu oleh ibu mereka yang bercakap Bahasa Changana sehinggalah mereka berumur lima tahun,” kata Helena Joaquim Arguenha, seorang guru di Sekolah Rendah Mitilene di luar daerah Manhica iaitu sekitar 80 kilometer dari Maputo.

“Sangat penting bagi kanak-kanak ini untuk mempelajari bahasa asli mereka disebabkan kanak-kanak ini boleh mempelajari lebih dalam lagi tentang bahasa itu,” tambahnya.

Sangat penting bagi kanak-kanak ini untuk mempelajari bahasa asli mereka disebabkan kanak-kanak ini boleh mempelajari lebih dalam lagi tentang bahasa itu. – AFP

Arguenha telah mengajar di sekolah-sekolah kerajaan selama enam tahun. Walau bagaimanapun, pembelajaran Bahasa Changana baru diperkenalkan tahun lepas sebagai sebahagian daripada projek ‘Food for Knowledge’ (FFK) yang telah dibiayai oleh Amerika Syarikat dan Kumpulan ADPP Mozambique, sebuah badan bertindak tempatan bukan kerajaan.

Hampir semua pembelajaran di Mozambique menggunakan Bahasa Portugis, bahasa legasi negara itu ketika era kolonial sebelum meraih kemerdekaan pada tahun 1975 tetapi majoriti penduduk Mozambique bertutur dalam satu daripada 40 bahasa tempatan.

Kementerian Pendidikan memberitahu AFP, hanya 10 peratus kanak-kanak mula mengetahui Bahasa Portugis di sekolah, tetapi kini sekitar 1,300 daripada 13,000 sekolah rendah menawarkan pengajaran dwi bahasa.

Ekspresi diri mereka

Di kelas Arguenha, hanya seorang kanak-kanak sahaja bercakap dalam Bahasa Portugis pada permulaan awal tahun. Tetapi bertutur dalam Bahasa Changana, komunikasi antara guru dan pelajar adalah lebih cepat dan lebih difahami, di mana kanak-kanak tersebut akan mengangkat tangan mereka untuk menjawab beberapa soalan.

“Di Changana, pelajar lebih kreatif, mereka lebih cepat memahami apa yang dipelajari. Pelajar tersebut bercakap dengan bebas, mereka seperti melontarkan ekspresi tentang diri mereka,” jelas Arguenha.

“Apabila bercakap dalam Bahasa Portugis, mereka malu-malu, malah takut untuk bercakap dan cuba menyembunyikan diri mereka,” tambahnya.

Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Associacao Progresso, menjalankan kerja untuk memperbaiki literasi negara itu dan mendapati kanak-kanak ini mengalami kesukaran apabila mereka terpaksa mempelajari bahasa itu dan bercakap dengan lancar.

“Apa yang sering berlaku, tidak ada komunikasi ketika guru-guru bercakap dalam Bahasa Portugis, pelajar-pelajar tidak faham,” kata pegawai pendidikan di Associacao Progresso, Alcina Sitoe.

“Jika anda tidak faham tentang apa yang telah diajar, agak sukar untuk mempelajari subjek yang lainnya,” tambahnya.

Pihak kerajaan Mozambique telah mengetahui permasalahan tersebut dan pada tahun 2017, kerajaan negara itu telah memperkenalkan satu reformasi yang bermatlamat bagi mengajar para pelajar menggunakan bahasa tempatan di kelas-kelas, walaupun terdapat sesetengah ibu bapa mahu anak-anak mereka untuk diajar dalam Bahasa Portugis.

Namun bahasa itu akan ditukar kepada bahasa rasmi setelah mereka memasuki usia 10 tahun, selepas kanak-kanak ini mempunyai tempoh yang panjang untuk mempelajarinya.

Kanak-kanak yang berusia antara enam dan tujuh tahun itu cuba memahami setiap perkataan yang diungkapkan oleh guru mereka, tahap konsentrasi yang agak sukar untuk dicapai ketika mempelajari Bahasa Portugis. – AFP
Di sebuah negara yang miskin, kanak-kanak lebih cenderung untuk lebih berjaya di alam persekolahan. – AFP

“Kami dapat melihat kanak-kanak ini akan mendapat keputusan yang baik berbanding kanak-kanak monolingual (ekabahasa), pengajaran dalam Bahasa Portugis,” kata pengarah pendidikan rendah, Gina Guibanda, kepada AFP.

“Apabila guru-guru di dalam kelas bercakap menggunakan bahasa yang mereka tidak pernah dengar, bagi kanak-kanak itu ia adalah sangat teruk,” tambahnya.

Agensi Pendidikan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) telah lama mendorong pendidikan rendah negara itu untuk menggunakan bahasa ibunda mereka, namun penyelidikan menunjukkan bahawa bahasa ini optimum untuk literasi dan juga pembelajaran.

Di sebuah negara yang miskin, kanak-kanak lebih cenderung untuk lebih berjaya di alam persekolahan. Lazimnya kanak-kanak perempuan dan budak-budak kampung yang kurang terdedah kepada bahasa rasmi akan tinggal di sekolah lebih lama dan kerap melakukan ulang kaji.

Pakar jurulatih diperlukan

Guibanda berkata bahawa latihan itu merupakan masalah besar khususnya terhadap bahasa tempatan. Kebanyakan sekolah di luar bandar tidak melatih guru-guru mereka untuk mempelajari bahasa tempatan atau mana-mana buku yang telah diterjemahkan.

Dasar polisi pihak kerajaan untuk para guru mengambil latihan adalah sekitar tiga tahun tetapi ia dihentikan selama satu tahun disebabkan oleh kekurangan bajet dan kekurangan guru-guru di seluruh negara.

“Ia tidak cukup, graduan yang terdiri daripada guru-guru masih mengalami beberapa masalah,” kata pegawai pendidikan di Associacao Progresso,Francisca Samboca.

“Pada realitinya, sekolah-sekolah ini tidak terdapat di kawasan luar bandar, malah hanya akan ditemui di dalam kawasan ibu kota sahaja,” jelasnya lagi.

Bagi Arguenha, pendekatan baharu itu lebih mudah disebabkan ADPP dan FFK menyediakan latihan pakar dan bahan untuk Changana dan Ronga, bahasa lain yang turut digunakan di sekitar Maputo.

Sekarang ADPP dan FFK bekerjasama dengan 101 buah sekolah di empat daerah di wilayah Maputo dan dianggarkan sekitar 5,000 kanak-kanak ikut serta dalam program itu serta sekitar 67,000 buah buku telah diedarkan.

Tetapi, para guru mengalami kesukaran untuk menukar bahasa itu. – AFP