Saturday, August 13, 2022
24 C
Brunei

Kelasi hanyut selama lapan hari diselamatkan

-

MANAMA, 28 NOV – Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) telah menyelamat dua kelasi Iran yang hanyut selama lapan hari di dalam bot nelayan di perairan Teluk, kata satu kenyataan hari ini.

Kelasi berkenaan ‘berada dalam keadaan baik’ meskipun pengalaman pahit mereka, menurut tentera laut.

“Sebuah kapal Tentera Laut AS menyelamatkan dua kelasi marin Iran dari sebuah kapal nelayan selepas ia hanyut selama lapan hari di Teluk Oman,” kata Pusat Kawalan Tentera Laut AS, atau NAVCENT.

Kapal kargo tentera laut Charles Drew tiba di tempat kejadian dengan makanan, air dan penjagaan perubatan enam jam selepas panggilan kecemasan diterima dari kelasi berkenaan, kata kenyataan. Kedua-dua mereka dibawa ke sebuah kapal pengawal pantai Oman berhampiran ibu negara Muscat. “Kelasi berada dalam keadaan baik pada masa mereka dipindah,” tambahnya.

“Kami berterima kasih kepada kerajaan Oman atas bantuan dan sokongan mereka dalam membantu kami membawa pulang kelasi berkenaan,” kata komander NAVCENT Laksamana Brad Cooper dalam satu kenyataan. – AFP

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Dua beradik bersatu semula selepas 75 tahun

BHATINDA, INDIA, 12 OGOS – Air mata kegembiraan membasahi pipi seorang pekerja buruh India yang akhirnya bertemu abang tersayang dari Pakistan buat pertama kalinya...
- Advertisment -