Kelawar dengan virus COVID-19 ditemui di Laos

PARIS, 22 SEPT – Saintis menemui satu lagi pembayang mengenai asal usul virus yang menyebabkan COVID-19, di mana kelawar yang tinggal di gua di Laos dipercayai membawa patogen sama.

Pakar mendakwa ia berupaya menjangkiti manusia secara langsung.

Penyelidik dari Pasteur Institute di Perancis dan National University of Laos berkata, hasil kajian mereka mendapati virus yang secara genetik hampir sama dengan SARS-CoV-2 ‘wujud di alam semula jadi’ dalam kalangan spesies kelawar yang hidup di gua batu kapur di utara Laos, yang terletak berhampiran China.

Daripada virus yang dikenal pasti daripada sampel ratusan kelawar yang diuji di Vientiane, tiga yang ditemukan menyerupai virus yang menyebabkan COVID-19, terutama dalam mekanisme penyambungan pada sel manusia. – AFP