Thursday, December 7, 2023
31.5 C
Brunei

    -

    Keldai akaun sindiket penipuan ditahan

    BALIK PULAU, 15 NOV – Seorang lelaki ditahan disyaki menjadi “keldai akaun” sindiket penipuan yang menggunakan taktik sebagai wakil syarikat insurans dan polis bagi memperdaya mangsa dengan menyebabkan kerugian RM133,000, semalam.

    Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya dalam kenyataan memaklumkan lelaki berusia 38 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Barat Daya, di sini.

    “Berdasarkan siasatan, mangsa seorang wanita berusia 55 tahun dan bekerja sebagai operator kilang telah dihubungi oleh sindiket penipuan itu. Mangsa dikatakan telah terlibat dalam pengubahan wang haram sebelum talian disambungkan kepada pihak polis IPD Ampang Jaya, Selangor.

    “Mangsa yang panik telah membuat dua transaksi wang ke dalam akaun bank dengan jumlah keseluruhan RM133,000,” menurut kenyataan itu.

    Lelaki berkenaan kini direman empat hari bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Rekrut warga Nepal dalam tentera Rusia, 12 ditahan

    KATHMANDU, 6 DIS – Polis Nepal mengumumkan hari ini mereka telah menahan 12 orang yang dituduh menghantar lelaki muda Nepal secara haram untuk direkrut...