Keldai lahirkan anak kembar di Britain

LONDON – Seorang lelaki terkejut selepas keldai peliharaannya, Violet melahirkan sepasang anak kembar dipercayai kes pertama seumpamanya di Britain, lapor akhbar Daily Mail.

Menurut John Stephenson, 77, anak keldai itu dilahirkan di ladangnya di Stanley, Durham dekat sini baru-baru ini. Dia mengakui sama sekali tidak menyangka Violet melahirkan anak kembar.

“Saya berasa tidak percaya apabila melihat Violet sudah melahirkan anak kembar dan kedua-duanya masih hidup. Ia begitu unik. Biasanya, salah satu daripada pasangan kembar akan mati atau dalam keadaan sangat lemah. Ini sungguh menakjubkan. Saya sudah berumur 77 tahun dan tidak pernah melihat kejadian sedemikian dalam hidup ini. Saya mempunyai sebuah pusat perlindungan keldai sejak berusia tujuh tahun dan sepanjang tempoh 70 tahun, belum pernah melihat apa-apa perkara sebegini,” katanya.

Anak kembar keldai itu diberikan nama Ronnie dan Reg iaitu nama satu pasangan kembar keluarga Krey yang terkenal sebagai penjenayah berbahaya di Britain sekitar tahun 1950an dan 1960an. Pada mulanya dia menyangka kedua-dua anak keldai itu jantan namun, menyedari Roonie merupakan seekor keldai betina. – Agensi

Menurut John Stephenson, anak keldai itu dilahirkan di ladangnya di Stanley, Durham dekat sini baru-baru ini.