Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Kelebihan Atletico atasi Real Madrid

    MADRID, 9 MEI – Atletico Madrid memenangi perlawanan derby La Liga menentang Real Madrid buat kali pertama dalam tempoh enam tahun kelmarin dengan kemenangan 1-0 untuk terus mengukuhkan kedudukan buat pasukan Diego Simeone untuk melayakkan diri dalam saingan Liga Juara-Juara.

    Penalti babak pertama Yannick Carrasco terbukti membantu Atletico di Wanda Metropolitano menumbangkan Real Madrid yang dilihat keletihan selepas mempamerkan kebangkitan luar biasa dalam saingan Liga Juara-Juara menentang Manchester City Rabu lalu.

    Dengan Karim Benzema, Luka Modric dan Thibaut Courtois direhatkan buat pasukan yang sudah pun dinobatkan sebagai juara liga, Atletico mengambil kesempatan itu untuk meraih kemenangan biarpun mereka terlepas beberapa peluang untuk kemenangan jauh lebih tidak selesa daripada yang sepatutnya.

    Atletico kini di kedudukan keempat liga, enam mata di hadapan Real Betis yang menghuni tempat kelima, dengan baki tiga perlawanan lagi. Rekod pertemuan mereka yang lebih baik ke atas Betis bermakna mereka akan dijamin untuk menamatkan saingan di empat teratas jika Betis gagal menang di tempat lawan di Valencia pada Selasa nanti.

    Jika Betis menewaskan Valencia, Atletico perlu memastikan kemenangan ke atas Elche pada Rabu ini.

    Kedudukan Sevilla juga kelihatan hampir goyah selepas seri 1-1 di Villarreal kelmarin justeru memberikan mereka kelebihan tujuh mata ke atas Betis. Atletico tidak pernah menewaskan Real Madrid dalam La Liga sejak 2016 dan di laman sendiri sejak 2015, manakala lapan perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan menentang saingan tempatan mereka telah membawa dua gol dan tiada kemenangan. – AFP

    Reaksi penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann pada akhir bola sepak Liga Sepanyol antara Atletico Madrid dan Real Madrid kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...