Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Kelebihan memihak MS ABDB

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OGOS – MS ABDB meraih sedikit kelebihan memasuki pusingan kedua Piala Futsal Brunei 2022 peringkat akhir selepas menang tipis 3-2 ke atas Almerez pada perlawanan yang berlangsung di Kementerian Pertahanan, malam tadi.

    Dalam perlawanan tersebut, Almerez terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Mohd Izzan Syahiran bin Haji Sharin pada minit ketujuh.

    Namun MS ABDB berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-20 melalui percubaan ketua pasukan, Mohd Safari bin Wahit.

    Pasukan MS ABDB kemudian berada di hadapan lima minit kemudian selepas pemain gantian, Mohd Izzan bin Zamain berjaya membolosi gawang lawan.

    Mohammad Norfauzee bin Mohd Norizan selepas itu membantu MS ABDB untuk meraih kelebihan dua gol di hadapan pada minit ke-26.

    Walau bagaimanapun, Almerez kekal memberikan saingan selepas Awangku Muhammad Amirul Haziq bin Pengiran Kamshulzaman merapatkan jurang pada minit ke-31.

    Pusingan kedua Piala Futsal Brunei 2022 peringkat akhir akan diadakan Jumaat ini.

    Reaksi pemain MS ABDB meraikan gol semasa pertemuan menentang Almerez dalam pusingan pertama Piala Futsal Brunei 2022, semalam.- Gambar serahan Piala Futsal Brunei

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mula mengundi dalam pilihan raya terbesar dunia

    NEW DELHI, 19 APRIL - Berjuta-juta orang India mula mengundi pada hari ini dalam pilihan raya enam minggu yang merupakan referendum ke atas Narendra...