Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Kelewatan penghantaran punca kurang bekalan gula di Labuan

    LABUAN, 14 JULAI – Kekurangan bekalan gula di pulau bebas cukai kini disebabkan oleh kelewatan penghantaran dan kurang bekalan barang keperluan itu bagi memenuhi permintaan tempatan.

    Berikutan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Labuan mengingatkan pengguna dan peniaga tentang kemungkinan masalah itu bertambah teruk, ketika agensi itu berusaha mengawal peningkatan harga gula secara ‘senyap’, selain berdepan dengan kenaikan kos makanan. 

    Pengarahnya Junaidah Arbain berkata walaupun pemborong di sini sentiasa mengimport gula pada jumlah maksimum bagi memenuhi permintaan penduduk tempatan, namun sering kali bekalan yang diterima kurang daripada kuantiti yang diminta. 

    Beliau berkata KPDNHEP telah meluluskan lesen sembilan pemborong untuk mengimport gula ke pulau itu daripada dua pembekal utama di Semenanjung.

    Labuan mengalami kekurangan bekalan gula sejak tahun lepas dengan peniaga, pasar raya dan pasar raya besar telah diingatkan supaya mengawal pembelian gula.

    Junaidah berkata pulau bebas cukai itu memerlukan sekurang-kurangnya 120 tan metrik gula sebulan untuk keperluan kira-kira 110,000 penduduknya, bagaimanapun bekalan bulanan diterima daripada dua pembekal berkenaan tidak mencukupi dan diburukkan lagi dengan kelewatan penghantaran import gula. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...