Kelincahan Silva tumpas The Cherries

MANCHESTER, 16 JULAI – Manchester City meraikan keputusan penarikan larangan mereka dari menyertai pertandingan di Eropah dengan kemenangan 2-1 menentang Bournemouth yang bergelut di zon penyingkiran ketika David Silva dan Gabriel Jesus masing-masih berhasil menjaringkan gol pada perlawanan semalam.

Silva membuka jaringan melalui sepakan percuma yang luar biasa dan memberikan assist untuk jaringan Jesus di Stadium Etihad sekali gus meletakkan Bournemouth tiga mata dari zon selamat walaupun David Brooks menemukan gol pada minit-minit akhir perlawanan.

Pengurus Bournemouth, Eddie Howe mengatakan tidak ada yang mustahil setelah pasukannya memperoleh kemenangan pertama dalam 10 perlawanan menentang Leicester pada Ahad lalu.

Tetapi kekalahan kesembilan berturut-turut mereka bererti Bournemouth mengakhiri dua perlawanan musim mereka menentang Southampton dan Everton memerlukan kemenangan untuk peluang melanjutkan lima tahun mereka terus kekal di EPL.

Dengan West Ham dan Watford yang berada di atas Bournemouth bertemu pada perlawanan Jumaat ini, Cherries belum dapat ditentukan untuk disingkirkan, tetapi mereka berada dalam bahaya untuk keluar ke liga Kejuaraan.

Reaksi David Silva ketika meraikan jaringan golnya semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Manchester City dan Bournemouth di Stadium Ethiad di Manchester, England, semalam. – AP

City boleh menarik nafas lega setelah Mahkamah Timbang Tara untuk Sukan menyokong rayuan mereka terhadap larangan mereka dua musim di Liga Juara-Juara UEFA pada baru-baru ini.

City berada di tempat kedua di Liga Perdana Inggeris, City juga berjaya mara ke separuh akhir Piala FA akan menentang Arsenal Sabtu ini dan masih berada dalam peringkat 16 akhir Liga Juara-Juara dengan perlawanan pusingan kedua menentang Real Madrid bulan depan.

Setelah tewas gelaran EPL kepada Liverpool, City nampaknya bertekad untuk menambah lebih banyak trofi setelah menang Piala Liga pada awal musim ini.

Mereka telah memenangi tiga perlawanan terakhir mereka dan menjaringkan 12 gol kesemuanya.

Raheem Sterling dan Kevin De Bruyne berada di bangku simpanan ketika Guardiola melakukan enam perubahan, dengan menurunkan Silva sebagai pemain utama. – AFP