Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Kellogg berpecah kepada tiga syarikat

    NEW YORK, 22 JUN – Jenama makanan sarapan ikonik, Kellogg menjadi syarikat korporat Amerika Syarikat (AS) terbaharu yang mengumumkan perpisahan, mendedahkan rancangannya kelmarin untuk berpecah kepada tiga buah syarikat dalam satu langkah yang menaikkan harga sahamnya.

    Syarikat yang terkenal dengan jenama di mana-mana seperti Corn Flakes dan Pop-Tarts itu akan menukar perniagaan bijirin Amerika Utaranya menjadi sebuah syarikat baharu, manakala usaha niaga kedua akan menempatkan perniagaan berasaskan tumbuhan Kellogg.

    Perbadanan yang selebihnya akan diletakkan sebagai perniagaan makanan ringan yang berkembang pesat dengan pendedahan kepada pasaran baharu muncul.

    Unit yang juga akan menempatkan operasi bijirin antarabangsa itu akan menyumbangkan kira-kira sebanyak 80 peratus daripada pendapatan AS$14.1 bilion Kellogg pada 2021.

    “Ini akan mewujudkan peluang bagi ketiga-tiga buah perniagaan,” kata Ketua Eksekutif Kellogg, Steve Cahillane semasa panggilan persida-ngan dengan penganalisis.

    Syarikat-syarikat yang belum dinamakan itu pada mulanya akan dikenali sebagai Global Snacking Co., North America Cereal Co. dan Plant Co. Dua syarikat yang terakhir akan dilaksananakan melalui spin-off bebas cukai. – AFP

    Gambar menunjukkan paparan bijirin Kellogg’s Frosted Flakes di Gudang Costco di Homestead. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...