Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Kelly Azman percaya pada bakat

    Sedar kemunculannya sebagai penyanyi tidak disenangi warganet, selebriti Kelly Azman bagaimanapun tidak pernah berasa patah semangat.

    Dia percaya pada bakat sendiri dan ada segelintir peminat yang terus memberi sokongan kepadanya untuk terus bereda dalam industri.

    “Sejak muncul dengan lagu pertama lagi ramai yang sudah kecam dan katakan suara saya tidak sedap dan saya tidak boleh bertahan dalam industri seni ini.

    “Walau ramai yang kecam, ada juga memberi semangat. Disebabkan sokongan mereka saya terus bertahan memperjuangkan bakat seni,” katanya kepada mStar.

    Terbaharu, Kelly muncul dengan lagu raya berjudul Nikmat Di Hari Raya, duet bersama penyanyi Ismaliza Ismail.

    Kelly Azman sudah kalis dengan segala ancaman yang diberikan oleh warganet. – Agensi

    Bercakap tentang lagu tersebut, kata Kelly ia sepatutnya dilancarkan pada tahun lalu, namun disebabkan beberapa masalah yang berlaku, ia tidak tidak dapat dilaksanakan.

    “Lagu ini mengisahkan mengenai nikmat untuk kembali meraikan lebaran bersama keluarga dan teman tersayang pada tahun ini selepas dua tahun tidak bersama kerana COVID,” jelasnya.

    Tampil dengan lagu tersebut, Kelly cukup bersedia jika sekali lagi dia menerima kecaman hebat warganet.

    Bagi Kelly kritikan itu akan dijadikan satu pengajaran untuknya memperbaiki setiap kelemahan dalam diri sendiri.

    “Setiap teguran dan kritikan itu saya ambil dan jadikan sebagai satu pengajaran.

    Jika ada yang tidak suka, saya akan perbaiki lagi mutu nyanyian di masa akan datang,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...