Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Kelly diperintah bayar ratusan ribu sebulan kepada bekas suami

    Penyanyi terkenal kelahiran program realiti American Idol ini akhirnya rasmi bercerai dengan suaminya, Brandon Blackstock setelah memfailkan penceraian pada Jun 2020.

    Pasangan ini menyatakan bahawa masalah ketidaksefahaman sebagai punca utama penceraian.

    Sepanjang perkahwinan mereka, Brandon berperanan sebagai pengurus kepada Kelly.

    Berkahwin pada 20 Oktober 2013, mereka berdua dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan.

    Setelah melalui proses penceraian yang memakan masa dan perbincangan panjang tentang hak penjagaan anak serta pembahagian harta sepencarian sepanjang berkahwin, penyanyi yang terkenal dengan lagu Because of You itu perlu membayar suaminya sejumlah wang yang besar.

    Kelly Clarkson akhirnya rasmi bercerai dengan suaminya, Brandon Blackstock setelah memfailkan penceraian pada Jun 2020. – Agensi

    Pertama, dia diarahkan untuk membayar sekaligus wang bernilai RM5.4 juta dan yang kedua dia dikehendaki memberikan nafkah bulanan kepada suaminya lebih kurang RM481,000 sebulan sehinggalah 31 Januari 2024.

    Akhir sekali, Kelly juga perlu membayar wang nafkah anak sebanyak RM190,000 sebulan.

    Setelah melalui perbincangan, dia akan berkongsi hak penjagaan anak bersama bekas suaminya itu. Walaupun begitu kedua-dua anak mereka akan tinggal bersama ibu mereka di kediamannya yang terletak di Los Angeles.

    Hidup bersama lebih kurang tujuh tahun, semestinya mereka memiliki banyak harta bersama.

    Menurut laporan People, penyanyi terkenal itu mendapat hak memelihara haiwan peliharaan keluarga, pelbagai jenis kereta termasuk Ford Bronco, Ford F-250, dan Porsche Cayenne, serta simulator penerbangan.

    Manakala Brandon pula akan memperoleh hak ke atas lembu ternakan, anjing gembala, kuda, pelbagai kenderaan termasuk Ford F-350, Ford F-250, ATV dan beberapa kereta salji CAT.

    Ini termasuklah dengan simulator golf dan beberapa jam tangan mewah, Patek Philippe.

    Kelly Clarkson mula mengecap populariti sebagai penyanyi bertaraf anatarabangsa apabila memenangi pertandingan American Idol musim pertama pada tahun 2002.

    Sehingga kini dia merupakan alumni rancangan tersebut yang paling berjaya dan telah menjual lebih 25 juta album fizikal seluruh dunia. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...