Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Keluaran gandum Ukraine dijangka merosot

    PARIS, 8 MEI – Pengeluaran gandum Ukraine mungkin berkurangan sekurang-kurangnya satu pertiga daripada tahun lalu disebabkan serangan Ukraine, menurut firma analisis data yang menggunakan gambar satelit baru-baru ini.

    Firma Perancis Kayrros berkata gambar inframerah membenarkan liputan tanaman dan boleh meramalkan pengeluaran gandum dengan tepat.

    “Pengeluaran pada tahun ini dijangka berkurangan sekurang-kurangnya 35 peratus berbanding tahun lalu,” menurut analisis data terbaharu, kata Kayrros.

    Ia meramalkan pada peringkat ini, Ukraine berupaya menghasilkan 21 juta tan gandum tahun ini, kemerosotan sebanyak 12 juta tan pada 2021, dan merosot 23 peratus daripada hasil purata dalam tempoh lima tahun lalu.

    Walaupun jika petani Ukraine berjaya menanam dan menuai gandum, mereka berdepan kesukaran memasarkannya disebabkan Rusia telah memusnahkan infrastruktur pengangkutan dan menyekat pelabuhan Odessa di mana kebanyakan bijirin dieksport.

    Sebelum perang, Ukraine menyumbang kepada 12 peratus daripada eksport gandum dunia, dan konflik telah menyebabkan harga komoditi makanan melambung naik. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...