Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Keluarga arwah Bob dapat rumah

    Tiada berita lebih menggembirakan buat balu Allahyarham Bob Lokman, Relawati Daud, 42, apabila impian arwah suami memiliki kediaman sendiri, tercapai.

    Relawati bersyukur hasil sumbangan orang ramai melalui organisasi, Muslim Care Malaysia, keluarganya bakal menerima sebuah rumah yang bernilai RM75,000.

    Biarpun arwah suami tiada untuk melihat rumah impian tersergam di depan mata, namun, Relawati bersyukur kerana hasrat yang lama tersimpan, akhirnya jadi kenyataan.

    “Perasaan saya sangat gembira dan bersyukur kerana dapat tunaikan impian arwah. Urusan pembinaan rumah ini dibuat ketika arwah masih ada.

    Muslim Care Malaysia menyatakan hasrat membantu mencari sumbangan untuk projek pembinaan rumah itu berikutan kami ada tanah dan semua dokumen diperlukan.

    Balu Allahyarham Bob bersyukur hasil sumbangan orang ramai melalui Muslim Care Malaysia, keluarganya bakal menerima rumah bernilai RM75,000, sekali gus memenuhi impian arwah Bob memiliki kediaman sendiri. – Agensi

    “Saya terima mesej daripada Presiden Muslim Care Malaysia, Zulkifli Wahijan memaklumkan mereka berjaya mengutip RM75,000 yang diperlukan untuk membina rumah dijanjikan.

    “Terima kasih saya ucapkan kepada Muslim Care Malaysia yang membantu kami menguruskan pembinaan rumah dan mereka yang memberi sumbangan.

    “Kami sangat menghargainya,” katanya kepada wartawan.

    Pada 23 September lalu, Allahyarham Bob atau nama sebenar, Mohd Hakim Lokman, 58, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kubang Kerian, Kota Bharu, pada jam 3 petang akibat komplikasi jantung.

    Jenazah arwah Bob disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Bunut, Kubang Kerian, pada jam 9:30 malam, hari yang sama.

    Pada awal Disember 2020, arwah Bob dilaporkan pernah menjalani pembedahan memasukkan alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD) bagi menstabilkan denyutan jantung di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, Kedah.

    Relawati menyerahkan semua urusan berkaitan pembinaan rumah itu kepada Muslim Care Malaysia. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...