Monday, November 28, 2022
23.1 C
Brunei

-

Keluarga Atta Halilintar cerewet soal pasangan hidup

Personaliti media sosial terkenal Indonesia, Atta Halilintar mendedahkan ibu bapanya sangat teliti dan cerewet tentang soal perhubungan cinta mereka adik-beradik.

Atta atau Muhammad Attamimi Halilintar, 27, berkata, sebelum membawa mana-mana wanita pulang ke rumah untuk diperkenalkan kepada keluarga, mereka perlu mendapat persetujuan terlebih dahulu.

“Macam adik lelaki saya, Saaih atau Thariq, apabila mereka bercinta dengan mana-mana wanita, mereka mesti mendapat persetujuan ahli keluarga terlebih dahulu atau lupakan sahaja,” katanya.

Atta mendedahkan perkara itu ketika muncul dalam sebuah video YouTube bersama Ayu Dewi.

Tambah Atta, apa yang lebih penting adalah persetujuan itu perlu datang daripada ibunya, Lenggogeni Faruk dan adik beradik perempuannya.

“Kalau mama dan adik-beradik semua tidak suka dengan calon pasangan, mereka akan bantah dan beri komen pedas tentang apa yang mereka tidak suka,” katanya.

Pendedahan Atta itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada warganet. – Agensi

Keluarga besar Halilintar. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -