Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Keluarga disaran solat berjemaah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JAN – Dalam usaha memantapkan ikatan dan motivasi dalam keluarga dan sebagai kaedah alternatif penyelesaian masalah rumah tangga, Jabatan hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah menganjurkan Program Bisai Tah Berjemaah di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan jabatan itu, program anjuran Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga itu juga merupakan salah satu usaha jabatan tersebut mengurangkan kadar perceraian di negara ini.

    Program dihadiri oleh Pemangku Pengarah Hal Ehwal Syariah, Haji Suhaimi bin Haji Gemok dan Pemangku Penolong Pengarah Hal Ehwal Syariah, Awang Ahmad Haziq bin Haji Abdul Hamid.

    Program melibatkan kumpulan sasaran iaitu pasangan suami isteri, anak-anak dan ahli keluarga dalam satu kumpulan itu diserikan dengan tazkirah bertajuk Solat Berjemaah Keluarga Berkah: Sakinah Mawaddah dan Rahmah disampaikan oleh Penolong Pensyarah Koleh Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) Bandar, Awang Hilman bin Haji Salim.

    Selain memantapkan ikatan kekeluargaan, ia juga dihasratkan meningkatkan dan menanam sifat kerohanian dalam diri sebagai menjadi titik perubahan suami dan isteri semasa berdepan dengan konflik kekeluargaan.

    Ia juga bertujuan mendidik jiwa ahli-ahli keluarga dengan perasaan kasih sayang di samping menyemai sifat hormat-menghormati sesama sendiri.

    Menurut dapatan jabatan itu, berdasarkan kajian Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga dan KUPU SB, mendapati pasangan yang membuat aduan tentang konflik rumah tangga menunjukkan bahawa pengamalan ibadah sembahyang responden adalah pada tahap sederhana.

    Antara yang menghadiri Program Bisai Tah Berjemaah di Masjid Omar Ali Saifuddien.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...