Keluarga Iban temui cahaya Islam

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 DIS – Sebuah keluarga berbangsa Iban seramai 10 orang telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis pengislaman yang berlangsung di Pusat Dakwah Islamiah (PDI) Daerah Tutong, semalam.

Majlis pengislaman Mavoh anak Malang, 69, dan isteri, Serurai anak Sawal, 63, serta lapan ahli keluarganya telah dilaksanakan di hadapan pegawai dari Unit Dakwah Daerah Tutong, Pusat Dakwah Islamiah.

Mavoh anak Malang kini dikenali dengan nama Islamnya sebagai Mavoh bin Malang dan isterinya memilih nama Islamnya sebagai Serurai binti Sawal.

Turut hadir manyaksikan majlis pengislaman berkenaan ialah Pemangku Pengarah PDI, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Abdul Aziz bin Haji Abdul Kahar.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati dan seterusnya menabur bunga rampai serta laungan Dikir Marhaban.

Menurut statistik PDI, dari Januari hingga November 2019, seramai 292 orang telah memeluk agama Islam di seluruh negara dengan 92 orang daripadanya dari Daerah Tutong.

Gambar ramai keluarga diraikan bersama tetamu.