Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Keluarga kurang berkemampuan terima bantuan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MAC – Lebih 150 keluarga seluruh di negara menerima Pakej Ungkayah Ramadan di bawah Projek #INFAQ1 pada minggu ini.

    Pakej tersebut mengandungi barangan asasi yang disumbangkan bagi meringankan beban keluarga kurang berkemampuan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut bulan suci Ramadan.

    Ia dibeli oleh orang awam melalui Projek #INFAQ1 dan diedarkan oleh sukarelawan dari Majlis Belia Brunei (MBB) dan Green Brunei.

    Inisiatif berkenaan merupakan sebahagian daripada projek kemasyarakatan yang disokong oleh MBB sejak 2021.

    Selain daripada barangan asasi, orang awam juga dijemput untuk menyertai inisiatif Beli dan Sedekahkan #INFAQ1 untuk menyediakan pek makanan berbuka puasa setiap hari sepanjang bulan Ramadan.

    Pek makanan akan diagihkan kepada petugas-petugas penting, pekerja di tapak pembinaan, penjaja di tanah-tanah perkuburan Islam, jemaah masjid dan balai ibadat dan juga secara pandu lalu

    Seorang sukarelawan semasa menyalurkan bantuan kepada salah sebuah keluarga yang kurang berkemampuan. – Gambar serahan MBB & Green Brunei
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...