Keluarga mangsa saman firma helikopter

LOS ANGELES, 21 APRIL – Keluarga-keluarga empat orang penumpang yang terbunuh dalam nahas helikopter bersama-sama dengan legenda NBA Kobe Bryant dan anak perempuannya yang berusia 13 tahun, Gianna, telah mengemukakan prosiding undang-undang ke atas firma yang memiliki dan mengoperasi helikopter tersebut, media melaporkan.

Tindakan mahkamah telah difailkan di Mahkamah Tinggi Los Angeles bagi pihak keluarga jurulatih bola keranjang, John Altobelli, iaitu isterinya Keri dan anak perempuannya yang berusia 12 tahun, Alyssa – yang bermain bola keranjang bersama-sama dengan Gianna – dan pembantu jurulatih Chirstina Mauser, laman web TMZ berkata. Aduan mengemukakan tuduhan Island Express Helicopters dan Island Express Holding Corp sebagai tindakan cuai.

Isteri kepada Bryant, Vanessa telah memfailkan tindakan mahkamah hampir dua bulan yang lalu ke atas operator helikopter dan pilotnya, Ara Zobayan, yang turut terkorban dalam nahas yang apabila mereka terhempas di Los Angeles pada 26 Januari yang lalu. Aduannya menyalahkan syarikat kerana membenarkan helikopter untuk terbang dalam ‘kabus tebal dan awan rendah’. – AFP

Gambar nahas helikopter terhempas yang membawa Kobe Bryant dan sembilan penumpang yang lain. Keluarga-keluarga empat orang penumpang yang terbunuh dalam nahas kapal terbang telah mengemukakan prosiding undang-undang ke atas firma helikopter itu. – AFP