Keluarga pertama Rohingya kembali

 

YANGON, 15 April – Kerajaan Myanmar semalam berkata, ia menghantar pulang keluarga Rohingya yang pertama daripada kira-kira 700,000 pelarian yang melarikan diri ke Bangladesh untuk mengelak daripada tindakan ganas tentera, di sebalik amaran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bahawa kepulangan yang selamat masih tidak terjamin.

Penduduk minoriti Islam itu telah berkumpul di kem-kem penuh sesak di Bangladesh sejak tentera Myanmar melancarkan tindakan keras ke atas komuniti berkenaan di utara negeri Rakhine Ogos lalu.

(Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)