Keluarga rayu selesaikan misteri ‘kehilangan’ aktivis

BANGKOK, 27 OGOS – Sanak saudara para aktivis Thailand yang hilang, hari ini merayu rang undang-undang bagi jenayah kehilangan ahli politik yang lama tertangguh untuk diaktakan, ketika seruan bagi kebertanggungjawaban semakin meningkat daripada gerakan pro-demokrasi yang diketuai belia.

Thailand sudah menyaksikan rapat umum hampir setiap hari oleh para pelajar yang menuntut reformasi kerajaan didukung tentera dan monarki – satu subjek terlarang di negara beraja itu.

Seorang daripada pemangkin gerakan itu hilang dalam Jun lalu, aktivis pro-demokrasi Wanchalearm Satsaksit yang dalam buangan kendiri di Kemboja, didakwa diculik dari jalan.

Protes pelajar baru-baru ini memperlihatkan poster dengan imejnya – dan juga aktivis lain yang kehilangan mereka dalam masa beberapa tahun tidak diselesaikan.

“Saya tidak akan membenarkan perkara ini didiamkan atau dilupakan,” kata kakaknya, Sitanan Satsaksit hari ini, ketika bercakap bagi meraikan Hari Antarabangsa Mangsa Hilang Paksa di Bangkok.

Menurutnya, ‘tiada perkembangan’ daripada pihak berkuasa Thailand dan Kemboja dalam masa 87 hari semenjak kehilangan adiknya.

“Kami masih tidak mengetahui apa-apa,” katanya.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu merekodkan sekurang-kurangnya 82 kes kehilangan paksa di Thailand semenjak 1980, namun pakar mengatakan jumlah itu kurang daripada yang dilaporkan. – AFP

Pembantah pro-demokrasi memegang poster aktivis Thailand yang hilang, Wanchalearm Satsaksit semasa rapat umum di Bangkok, 27 Ogos. – AFP