Keluarga selamatkan anak beruang lemas

BLOOMER, WIS., 1 JULAI – Sebuah keluarga Wisconsin membantu menyelamatkan seekor anak beruang yang bergelut untuk bernafas ketika berenang di sebuah tasik dengan kepalanya tersekat dalam bekas makanan plastik.

Tricia dan Brian Hurt dan anak lelaki mereka, Brady, sedang memancing ikan di Tasik Marsh Miller di barat daerah Chippewa, Wisconsin apabila mereka terserempak apa yang sangka pada mulanya seekor anjing berenang. Mereka sedar kemudian bahawa ia merupakan seekor anak beruang dengan bekas plastik tersekat di kepalanya.

Percubaan pertama mereka untuk menarik bekas daripada kepala anak beruang gagal, namun kali kedua berjaya mengeluarkannya. Mereka merakam usaha mereka di video.

“Apa yang saya ingat dengan jelas adalah beruang itu bernafas tercungap-cungap, cuba mendapatkan udara. Bayangkan ia berada di dalam air, kepalanya tertutup dan ia tidak dapat udara dalam bekas tersebut?” kata Brian Hurt.

Tricia Hurt berkata jika mereka sampai dua minit lebih awal atau kemudian, mereka tidak mungkin terjumpa beruang itu.

Beberapa penduduk yang menyaksikan usaha mereka telah memberitahu bahawa beruang itu berada dalam keadaan sedemikian selama sekurang-kurangnya beberapa hari. Mereka cuba mendapatkan bantuan daripada Jabatan Sumber Semula Jadi Wisconsin.

Brian Hurt meramalkan beruang itu berusia satu tahun dan mungkin masih bersama ibunya. Mereka memerhatinya sehingga ia sampai ke pantai.

“Kami dengar ia rebah di pantai, maka saya tahu ia selamat pada masa itu untuk membantunya,” kata beliau, meramalkan beruang itu mungkin lemas sekiranya mereka tidak ada di sana untuk membantu. – AP