Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keluarga Vardy terima ugutan bunuh

    LONDON, 21 Mac – Penyerang England dan Leicester City, Jamie Vardy mendedahkan bahawa dakwaan mengenai peranannya yang membawa kepada pemecatan Claudio Ranieri telah menyebabkan dia dan keluarganya berdepan ugutan bunuh.

    Pemain berusia 30 tahun itu, yang cemerlang di depan gawang bagi membantu Leicester menjulang gelaran Liga Perdana musim lalu, menyifatkan ancaman yang diperoleh menerusi laman sosial Twitter itu sebagai tamparan besar buat dirinya.

    “Saya membaca berita yang mengatakan (perjumpaan dalam kalangan beberapa pemain senior dan pemilik kelab mengenai Ranieri) berlaku selepas perlawanan dengan Sevilla (kekalahan 2-1 pada perlawanan pertama Liga Juara-Juara di Sepanyol yang membawa kepada pemecatan pengendali dari Itali itu).

    “Ia mengatakan yang saya secara peribadi terbabit dalam perjumpaan itu tetapi saya sebenarnya menjalani ujian anti doping selama tiga jam, ” kata Vardy ketika ditemui di kem latihan kebangsaan menjelang perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Jerman awal pagi Khamis.

    Gambar fail menunjukkan Jamie Vardy (kiri) bersama bekas pengurus Leicester City, Claudio Ranieri. – AP
    Gambar fail menunjukkan Jamie Vardy (kiri) bersama bekas pengurus Leicester City, Claudio Ranieri. – AP

    Vardy, yang memperoleh kembali penyudah berbisanya sejak Craig Shakespeare menggantikan Ranieri, berkata dia dapat menerima jika ancaman itu hanya terarah kepadanya seorang, namun serangan ke atas keluarganya adalah sesuatu yang berbeza.

    “Sudah tentu berita itu berlegar dan orang membacanya, malah disebabkan itu kamu menerima ancaman bunuh terhadap keluarga kamu, anak-anak dan semuanya.

    “Dia media sosial, kamu sebutkan, juga ketika berjalan di jalanan. Sejujurnya saya menerimanya setiap minggu.

    “Peminat bola sepak kelihatannya seperti tidak menyukai saya, ” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda