Keluarga Williams tamat hubungan dengan F1

MONZA, 7 SEPT – Keluarga lumba, Williams mengakhiri hubungan mereka dengan Formula Satu kelmarin, dengan keputusan yang diperlekehkan di Grand Prix Itali yang mencerminkan nasib dan janji seorang pemandu mereka untuk ‘berlumba bersungguh-sungguh demi menghormati nama mereka. ‘

Selepas 740 perlumbaam. 114 kemenangan, 128 menduduki petak pertama dan 16 kejuaraan dunia, pengasas pasukan, Frank Williams dan anak perempuannya Claire, telah menguruskan pasukan sebagai timbalan ketua pasukan, menamatkan hubungan mereka.

Pemergian mereka diikuti dengan penjualan pasukan kepada kumpulan pelaburan Amerika Syarikat, Dorilton Capital, dan turut menandakan penghujung era bagi F1 ketika Williams adalah pasukan terakhir dalam sukan yang dimiliki oleh warga Britain.

Di litar, pemandu baharu dari Kanada, Nicholas Latifi menamatkan kedudukan di luar mata di tangga ke-11 sementara pemandu Britain, George Russell berada di kedudukan ke-14.

Kedua-dua pemandu memberikan penghormatan kepada keluarga Williams dari kereta mereka melalui radio pasukan semasa penghabisan perlumbaan.

Claire, yang membesar sebagai sebahagian daripada pasukan dan mempunyai pengetahuan mengenai kereta lumba, diberi tugasan sebelum perlumbaan untuk melambaikan Latifi keluar dari garaj.

“Tugasan yang baik Claire,” kata pasukan. Dia mengakui dia mendapati hari terakhirnya di pit Grand Prix Itali sangat emosional.

“Semua orang di dalam pasukan,” Claire memuat naik melalui media sosial.

“Ia adalah satu kebahagiaan dan penghormatan terbesar saya untuk bekerja dengan anda. Terima kasih banyak-banyak, ikhlas dari saya,” katanya. – AFP