Saya ingin mengajukan surat pembaca ini kepada pihak relevan untuk menangani permasalahan yang saya ajukan ini dengan secepat mungkin.
Permasalahan yang ingin saya sua-rakan di sini adalah mengenai kerosakan jalan di kawasan jalan Batong Parit. Perkara ini sudah dibuat aduan kepada pihak relevan, namun sehingga kini di-biarkan tanpa ada perkembangan untuk dibaik pulih.
Kini keadaan jalan raya semakin hancur dan berlubang, tambahan pula lubang-lubang di jalan akan menakung air ketika musim hujan, di mana boleh mengundang bahaya kerana tidak kelihatan terutama bagi pengguna jalan yang baru pernah melalui jalan tersebut.
Kenapakah tidak ada tanda-tanda untuk membaik pulih jalan tersebut? Jalan yang rosak merupakan laluan yang digunakan seharian oleh penduduk setempat. Kerosakan jalan tersebut sudah lebih dari dua tahun.
Di harap surat pembaca ini dapat membuka mata pihak relevan untuk melakukan pemantauan dan pembaikan sesegera yang mungkin yang selama ini seperti diendahkan sahaja tanpa memikirkan kesejahteraan dan kebajikan pengguna.
Concern Road User
