Sunday, December 10, 2023
28.8 C
Brunei

    -

    Kelulusan segera bagi penjawat awam pindah kenderaan dari Labuan, Langkawi

    LABUAN, 17 NOV – Penjawat awam yang memiliki kenderaan berdaftar di pulau bebas cukai Labuan dan Langkawi, yang kini menikmati pengecualian cukai 50 peratus, boleh menarik nafas lega susulan pengumuman Kementerian Kewangan untuk memberi kelulusan terus bagi pemindahan kenderaan di luar Semenanjung, Sabah dan Sarawak mulai 1 Disember ini.

    Ketua Seksyen Cukai Kementerian Kewangan, Hazlan Abdul Aziz berkata dasar baharu itu memperkemaskan proses dan membolehkan individu yang layak mendapatkan kelulusan terus daripada pejabat kastam Labuan atau Langkawi.

    “Ini bermakna memintas laluan sebelum ini menerusi Kementerian Kewangan, dengan syarat semua dokumentasi lengkap dan syarat-syarat yang ditetapkan dipenuhi.

    “Langkah ini bertujuan memudahkan pemindahan kakitangan kerajaan, memastikan peralihan lebih lancar bagi mereka yang berpindah keluar dari zon bebas cukai ini,” katanya pada taklimat bersama kakitangan kerajaan di Wisma Kastam di sini hari ini.

    Hazlan berkata dasar pengecualian itu telah lama memberi manfaat kepada pemilik kenderaan dalam pulau bebas cukai dan pengemaskinian berkenaan meningkatkan lagi kecekapan prosedur pentadbiran berkaitan pemindahan tersebut. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    India larang eksport bawang

    NEW DELHI, 8 DIS – India melarang eksport bawang sehingga Mac tahun depan bagi meningkatkan bekalan domestik selain membendung inflasi pengguna. Kerajaan memutuskan untuk memindahkan...